Bermula di Kluang Sejak 2015
Syarikat pembersihan Bumiputera untuk masjid, pejabat dan hotel di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.
Dari Kedai Cuci Karpet ke Pasukan Komersial
Didaftarkan 4 Disember 2015 di Kluang, Johor. Bermula dengan cucian karpet kejiranan, kini mengendalikan kontrak masjid, bangunan kerajaan, hotel dan premis industri.

"Kami tidak hanya membersihkan. Kami menjaga setiap ruang sebagaimana kami menjaga rumah sendiri."
Mohd Fais Bin Hussien, Pemilik Arfa Clean
Pegangan Kami
Perjuangan Demi Sebuah Kesucian.
Visi
Menjadi syarikat pembersihan komersial yang dipercayai untuk masjid, institusi dan premis perniagaan di Malaysia.
Misi
Menyiapkan setiap kerja mengikut jadual premis pelanggan, tanpa mengganggu operasi harian.
Polisi Kualiti
Memadankan bahan dan kaedah dengan setiap jenis permukaan, dan menyemak hasil sebelum premis diserahkan.
Mesin Gred Komersial, Bahan Mesra Alam
Vakum industri, scrubber lantai, carpet extractor dan pressure washer Kärcher. Bahan cucian berkesan tanpa memudaratkan penghuni.


Pasukan Terlatih Ikut Jadual Anda
Dewan solat siap sebelum zohor. Pejabat dicuci selepas waktu kerja.
Jom Kerja Dengan Kami
Untuk tender, kontrak berkala atau satu kerja cucian. Kami balas cepat waktu operasi.